KGBS JAWAB KEMUSYKILAN KUMPULAN
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN  LEPASAN DIPLOMA (PPPLD)

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAWAT WEB KGBS.
JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH KGBS DI DALAM RUANGAN INI ADALAH TAFSIRAN DARIPADA MAKLUM BALAS YANG DITERIMA DARIPADA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA,  KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (BSM-KPM). WALAU BAGAIMANAPUN, SEKIRANYA TIMBUL ATAU TERDAPAT SEBARANG PERCANGGAHAN,  MAKA RUJUKAN MAKLUMAT YANG PALING TEPAT ADALAH NASKHAH ASAL DARIPADA BSM-KPM.  HARAP MAKLUM.

SOALAN 1:
Apakah kaedah kenaikan pangkat bagi guru-guru PPPLD?

JAWAPAN:
Terdapat beberapa kaedah kenaikan pangkat bagi guru-guru PPPLD. Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut:
1.1        Kenaikan Pangkat Secara Hakiki
1.2        Kenaikan Pangkat Guru Cemerlang
1.3        Kenaikan Pangkat Secara 'Time-Based'

SOALAN 2:
Apakah perbezaan kaedah-kaedah kenaikan pangkat seperti yang dinyatakan pada soalan 1 di atas ?

JAWAPAN
2.1        Kaedah Kenaikan Pangkat Secara Hakiki boleh dimohon oleh seseorang guru PPPLD setelah berkhidmat dalam skim PPPLD melebihi lima (5) tahun. Ini bermakna kaedah kenaikan ini adalah lebih cepat. Contohnya: Guru PPPLD DGA29 yang telah berkhidmat 6 tahun boleh memohon kenaikan pangkat DGA32 (Hakiki) apabila ada kekosongan jawatan diiklankan. Kaedah kenaikan pangkat ini adalah lebih cepat kerana guru PPPLD yang berada pada DGA32 (Hakiki) boleh memohon kenaikan pangkat DGA34 (Hakiki) tanpa mengira tempoh dia berada pada gred DGA32 (Hakiki) apabila ada kekosongan jawatan DGA34 (Hakiki) diiklankan sehinggalah ke jawatan yang tertinggi iaitu DGA38. Walau bagaimanapun, seseorang guru PPPLD yang memohon kenaikan pangkat secara hakiki ini berkemungkinan besar akan berpindah stesen bertugas sekiranya permohonan tersebut berjaya.
2.2        Kaedah Kenaikan Pangkat Guru Cemerlang sama seperti kaedah kenaikan pangkat secara hakiki dengan syarat ada kekosongan jawatan. Dengan kata lain, laluan atau kaedah kenaikan pangkat 2.1 dan 2.2 ini merupakan kaedah yang paling cepat untuk seseorang guru PPPLD menikmati kenaikan pangkat.
2.3        Kaedah Kenaikan Pangkat Secara 'Time-Based' pula adalah kaedah kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan iaitu setelah berkhidmat 10 tahun ke atas. Contohnya: Seseorang guru PPPLD DGA29 boleh memohon kenaikan pangkat DGA32 'time-based' apabila genap 10 tahun.  Gred maksima bagi kenaikan pangkat secara 'time-based' bagi guru PPPLD ialah gred DGA32 'time-based'. Walau bagaimanapun, seseorang guru PPPLD yang berada dalam gred kenaikan pangkat secara 'time-based' boleh memohon kenaikan pangkat/jawatan yang lebih tinggi daripada gred DGA32 'time-based' dengan cara memohon jawatan gred  DGA32 (Hakiki)  terlebih dahulu.

Catatan:
Sila layari isu bertajuk " PEMANGKUAN JAWATAN KENAIKAN PANGKAT" di paparan utama web ini untuk memastikan langkah-langkah permohonan bagi setiap kaedah kenaikan pangkat yang dinyatakan di atas.

SOALAN 3:
Berapa lamakah tempoh perkhidmatan yang diambilkira untuk seseorang guru DGA29 layak untuk memohon gred DGA32 'time-based'?

JAWAPAN:
Tempoh perkhidmatan yang akan  diambilkira ialah 10 tahun. Apabila genap 10 tahun, seseorang guru DGA29 layak memohon gred DGA32 'time-based' dengan syarat telah lulus PTK sekurang-kurangnya pada Aras III, LNPT  dan diperakukan oleh Ketua Jabatan.

SOALAN 4 :
Bagaimana caranya seseorang guru DGA29 menikmati kenaikan pangkat DGA32 'time-based' dengan lebih cepat?

JAWAPAN:
Untuk menikmati kenaikan pangkat DGA32 'time-based' dengan cepat, seseorang guru DGA29 boleh memohon jawatan Guru Cemerlang.  Untuk memohon jawatan Guru Cemerlang, tempoh perkhidmatan yang diperlukan hanya 5 tahun sahaja.  Ini bermakna, setelah 5 tahun berkhidmat, guru-guru DGA29 layak memohon jawatan Guru Cemerlang. Permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang berkaitan.

SOALAN 5 :
Adakah jawatan DGA34 'time-based' bagi guru-guru DGA32 'time-based'

JAWAPAN:
Jawatan 'time-based' bagi guru DGA29 adalah terhad kepada DGA32 'time-based' sahaja.  Ini bermakna gred maksima 'time-based' ialah DGA32. Walau bagaimanapun, sekiranya guru DGA32 'time-based' berhasrat untuk memohon jawatan DGA34, guru berkenaan perlu memohon jawatan DGA32 (Hakiki) terlebih dahulu. Setelah Berjaya ditempatkan ke jawatan DGA32 (Hakiki), baharulah boleh memohon jawatan DGA34. Permohonan jawatan DGA34 adalah tertakluk kepada iklan kekosongan jawatan dan syarat-syarat yang berkaitan.


SEMOGA USAHA MURNI MELALUI RUANGAN INI DAPAT MEMBERI SEDIKIT SEBANYAK PENJELASAN BERKAITAN ISU-ISU PERKHIDMATAN KEPADA SEMUA GURU PPPLD KHUSUSNYA AHLI-AHLI KGBS.

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI KGBS AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MEMBERI MAKLUMAT YANG TERKINI DEMI KEBAIKAN BERSAMA.



SALAM HORMAT DARIPADA
AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI
KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK

PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK                PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK       PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK            PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK