ISU: Penambahbaikan Peluang Kenaikan Gred dan Pangkat dalam Perkhidmatan Pendidikan
Objektif:
- Memartabatkan profesion perguruan
- Menyediakan peluang kerjaya yang menarik
- Menyelaraskan urusan kenaikan gred dan pangkat dalam Kementarian/JPN/PPD/G dan sekolah
Tafsiran Istilah:
Kenaikan Gred – perubahan gred yang diberi kepada anggota tanpa memerlukan pengisian jawatan hakiki (time-base).
Kenaikan Pangkat - peningkatan ke gred yang lebih tinggi dan mengisi jawatan naik pangkat secara hakiki
Latar Belakang:
Kewujudan peluang kenaikan pangkat secara “time-based” diberi kepada guru kerana peluang kenaikaan pangkat terhad dalam perkhidmatan pelajaran. Kenaikan pangkat secara “time-base” mengakibatkan jawatan kenaikan pangkat secara hakiki tidak menarik.
Intipati Pemohonan Majlis Permuafakatan Guru
- Membezakan kenaikan gred dan kenaikan pangkat
- Menyusun semula skala gaji (relativiti gaji antara perkhidmatan PPLD dan PPS sudah tak realistik)
- DGA29(P1T1)-RM1405.71 dan DG41(P1T1)-RM1695.85 dengan beza RM 290.14
- Mewujudkan gred sisipan baru untuk PPLD (DG36, DG40)
- Pengiktirafan perkhidmatan PPLD apabila dilantik ke dalam perkhidmatan PPS
- Menjadikan perkhidmatan PPLD dan PPS sebagai perkhidmatan pendidikan bersepadu
- Menyelaraskan gred gaji berdasarkan kompleksiti kerja di semua peringkat dalam kementerian hingga peringkat sekolah
- Meningkatkan elaun tanggungjawab Pengetua, Penolong Kanan, Guru Kanan
Cadangan Untuk Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma (PPLD):
- Menjadikan Gred DG32 sebagai skala Kenaikan Gred
- Menjadikan Gred DG34 sebagai skala kenaikan pangkat secara hakiki sebagai
2.1 Penolong Kanan di sekolah
2.2 Guru Cemerlang
2.3 Penyelia di PPD/JPN/KPM
Menjadikan Gred DG36/Gred DG38 sebagai skala Kenaikan Pangkat selanjutnya sebagai
3.1 Guru Besar
3.2 Penyelia/Pengelola di PPD/JPN/KPM
- Mewujudkan Gred DG40 untuk Guru Besar Cermelang
Cadangan Untuk Pegawai Perkhidmatan Siswazah (PPS):
- Menjadikan Gred DG44 sebagai skala Kenaikan Gred
- Menjadikan Gred DG48 sebagai skala Kenaikan Pangkat secara hakiki sebagai
2.1 Penolong Kanan di sekolah
2.2 Guru Kanan Mata Pelajaran
2.3 Guru Cemerlang
2.4 Ketua Jabatan di IPG
2.4 Ketua Unit PPD/PPG/JPN/KPM
- Menjadikan Gred DG52 sebagai skala Kenaikan Pangkat selanjutnya sebagai
3.1 Pengetua di sekolah
3.2 Penolong Pegawai Pelajaran Daerah/ Gabungan/Guru Cemerlang
- Menjadikan Gred DG54 sebagai skala Kenaikan Pangkat untuk Pengetua Cemerlang/PPD/PPG/ Ketua Sektor/Timbalan Pengarah IPG/Ketua Penolong Pengarah
- Menjadikan Gred JUSA C untuk Pengetua Cemerlang/Pengarah IPG/Timbalan Pengarah/Pengarah/JPN/KPM yang berkaitan.
Pemberian Elaun Tanggungjawab yang lebih menarik
(1) untuk Anggota Naik Pangkat:
(1.1) Guru Kanan/Ketua Bidang
(1.2) Penolong Kanan
(1.3) Pengetua/Guru Besar
Gaji permulaan untuk guru-guru PPLD yang dilantik ke PPS diberi “multiple entry point” selepas mengambil kira tempoh perkhidmatan dalam PPLD (pegawai tidak menerima kenaikan gred/pangkat di PPLD).
Tempoh perkhidmatan PPLD juga diambil kira untuk tujuan kenaikan pangkat. Setiap HKG diberi wajaran.
Perkhidmatan PPLD dan PPS disepadukan dengan penggunaan konsep “multiple entry-point” .