TAJUK:

Permohonan
Pertimbangan
Untuk Jawatan
Pengetua, Guru Besar
dan
Guru Penolong Kanan
Diiklankan
dan
Diisi Secara
Permohonan
1.  Tujuan

Tujuan kertas ini dikemukakan adalah untuk memohon agar JPA mempertimbangkan cadangan jawatan Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan diiklankan dan diisi secara permohonan.

2.  Latar Belakang

Pada kebiasaannya, seseorang guru yang berkelayakan akan ditawarkan jawatan Pengetua, Guru Besar atau Guru Penolong Kanan sekiranya wujud kekosongan jawatan tersebut. Tawaran ini tidak mengambil kira minat dan kesanggupan guru tersebut menerima jawatan ini. Jika guru itu berminat, beliau akan menerima jawatan tersebut. Sebaliknya, beliau akan menolak jawatan tersebut sekiranya tidak berminat.

Sekiranya guru ini menolak, jawatan kosong ini akan ditawarkan kepada calon kedua yang layak. Jika calon ini turut juga menolak, maka jawatan ini akan ditawarkan kepada calon seterusnya sehinggalah ada calon yang mahu menerimanya. Proses menawarkan jawatan kosong ini yang diamalkan mengambil masa yang lama sehingga ada kes yang berlarutan selama dua tahun. Kekangan di atas, seterusnya juga proses menawarkan jawatan kosong akan menjejaskan pengurusan, pentadbiran dan perjalanan sesebuah sekolah.
PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK                PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK       PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK            PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK