TAJUK:

Catatan
Pertemuan
Ketua
Setiausaha Negara
Dengan
Persatuan/Kesatuan
Di Bawah
Kementerian
Pelajaran
Malaysia
Tarikh:     8 Mei 2008
Masa:      5.00 petang
Tempat:   Bilik Mesyuarat Bahagian Kabinet, Bangunan Perdana Putera, JPM
Antara Persetujuan Yang  Dicapai Semasa Mesyuarat Tersebut:

  1. Supaya pengalaman mengajar semasa di gred DGA29 diambil kira untuk pertimbangan kenaikan pangkat secara time based dari DG41 ke DG44 iaitu setiap tiga tahun pengalaman mengajar di DG29 diambil kira sebagai satu tahun pengalaman di Gred DG41 tertakluk kepada had maksimum tiga tahun pengalaman yang boleh diberikan. Kajian mengenainya dijangka siap dalam tempoh tiga bulan.

  1. Mempertimbangkan cadangan menaikkan gred PPD dengan mengambil kira supaya gred PPD hendaklah lebih rendah daripada gred Pegawai Daerah yang merupakan ketua pentadbiran daerah. Kajian ini dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh satu bulan selepas menerima permohonan lengkap daripada KPM dan kateria yang diguna pakai perlu dimaklumkan kepada semua.

  1. Untuk menyegerakan pengisian jawatan kenaikan pangkat pensyarah-pensyarah di IPG, IAB dan Kolej Matrikulasi. Di samping itu, ujian simulasi bagi tujuan pengesahan jawatan Guru Besar dimansuhkan. Bagi PPPS gred DG41 yang dilantik daripada PPPLD dan memegang jawatan Guru Besar akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke DG44 sebagai Guru Besar selepas 3 tahun berkhidmat sebagai Guru Besar di gred DG41.

  1. Mempercepatkan pengisian jawatan Pengetua Cemerlang dan Guru Cemerlang. Mesyuarat juga bersetuju supaya syarat bagi tempoh kenaikan pangkat ke jawatan Guru Cemerlang gred DGA32 dari DGA29 dan kenaikan pangkat ke jawatan Guru Cemerlang ke gred DG44 dari gred DG41 dipendekkan daripada 7 tahun kepada 5 tahun dan mempertimbangkan cadangan supaya pegawai yang dinaikkan pangkat ke gred selanjutnya hanya perlu pengesahan jawatannya di gred sekarang sebelu memohon dan dipertimbangkan ke gred yang lebih tinggi.

  1. Supaya kuota 10 peratus daripada bilangan jawatan DGA38 diperuntukkan kepada Pengelola yang bertugas di KPM, JPN dan PPD.

  1. Mesyuarat bersetuju untuk mengkaji kenaikan bayaran elaun untuk Pengetua/Guru Besar selepas menerima permohonan lengkap yang perlu dikemukakan oleh kementerian selewat-lewatnya awal Jun 2008.

  1. Mesyuarat juga bersetuju mengekalkan Perkhidmatan PTD di kementerian/jabatan di KPM kerana fungsi PTD adalah untuk membantu dalam pentadbiran, pengurusan dan kewangan di kementerian/jabatan bagi membolehkan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan menumpukan peranan fungsi teras mengajar. PTD di KPM juga tidak menjejaskan peluang kenaikan pangkat pegawai-pegawai pelajaran.

PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK                PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK       PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK            PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK