Create your own web pages in minutes...
Create your own web pages in minutes...
1. Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) tidak menyeluruh.
Isu
Kebajikan guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman, pulau-pulau, hulu sungai, kaki bukit dan pergunungan dan dalam bandar yang manghadapi `krisis prasarana' perlu dikemaskini semestinya diambil perhatian secara serius.
Huraian Isu
- Bayaran tidak mengikut spesifikasi yang sebenar.
- Guru luar bandar menghadapi kesukaran berkhidmat yang disedari oleh kerajaan belum menjamin dedikasi guru amnya.
- Sekolah luar bandar wajar dikategorikan semula mengikut ciri-ciri yang sebenar kerana ada sekolah di kawasan yang sama tidak mempunyai ciri-ciri yang sama.
- Ada sekolah yang sepatutnya layak mendapat kategori pendalaman 3, tetapi hanya diberi elaun pedalaman 1 atau 2 dan sebalik.
- Ada sekolah yang layak menerima elaun pedalaman tetapi tidak dibayar kerana data maklumat yang salah.
- Penilaian kawasan untuk melayakkan elaun insentif ini telah dilaksanakan dengan kurang berhemah dan tidak berhati-hati. Pegawai-pegawai penilai hanya membuat penilaian berdasarkan temubual sahaja tanpa melalui keadaan yang sebenar.
Cadangan
- Mengemaskini dan menilai semula pelaksanaan supaya adil dan menyeluruh.
- Melawat dan menilai semula kawasan yang sepatutnya layak tetapi dikatogerikan sebagai tidak layak dan membayar elaun tersebut berdasarkan kelayakan yang sewajarnya.
- Pemberian elaun ini akan dapat mengelakkan daripada masalah kekurangan guru/kaki tangan pelajaran di kawasan tersebut.
2. Elaun Guru Besar/Pengetua
Huraian Isu
- Elaun yang sedia ada sudah lama tidak disemak.
- Elaun lebih kecil daripada elaun ketua warden, tetapi tanggungjawab masih kepada Pengetua untuk menyelesaikan sebarang masalah berkenaan.
Cadangan
- Menaikkan elaun Guru Besar dan Pengetua mengikut keadaan semasa.
- Elaun Keraian Guru Besar dimasukkan terus dalam gaji kerana pelaksanaannya berbeza mengikut setempat.
3. Elaun khas bagi guru yang bertugas sebagai Ketua Jabatan dan Ketua Unit di PPD, JPN dan KPM.
Huraian Isu
- Belum pernah dicadangkan.
- Beban kerja semakin bertambah.
- Tidak ada peruntukan 'kerja lebih masa'
- Memerlukan komitmen yang tinggi tanpa elaun yang khusus. Contoh mengetuai kontinjen membawa pelajar dan seumpamanya.
Cadangan
- Disediakan satu elaun khusus selaras dengan teras 5 PIPP memartabatkan profesion keguruan.
4. Guru wanita hamil
Huraian Isu
- Cuti bersalin - hanya mendapat cuti selepas bersalin.
- Pakaian - dibenarkan menggunakan pakaian sesuai seperti berseluar panjang semasa bertugas ketika menaiki bot dan mereka yang bertugas di kawasan pedalaman.
Cadangan
- Dibenarkan memohon cuti awal sekurang-kurangnya dua minggu sebelum bersalin.
5. Guru DGA 29 tamat lanjut belajar U anjuran KPM dilantik ke DG 41 menerima tawaran gaji turun. Golongan mereka senior keluaran maktab akhir 1970an.
Huraian Isu
- Golongan ini berpengalaman dan menghampiri umur 40an tahun.
- Golongan ini juga adalah kumpulan guru yang setia dengan arahan dan pernah bertugas di kawasan pedalaman dan pulau-pulau di Sabah.
Cadangan
- Ambil kira kekananan perkhidmatan mereka.
- Mereka sebenarnya termasuk dalam zon naik pangkat secara time based yang lewat dilaksanakan kerana banyak syarat yang dikenakan.
- Tawaran baru skim PPPS yang ditawarkan tidak melihat gaji pokok semasa DGA 29 untuk diselaraskan.
Contoh:
Guru terlatih 1979 DGA29 ditawarkan masuk U pada tahun 1999 atau 2003, setelah tamat ditawarkan DG41 ke tanggagaji P1T4 beberapa bulan kemudian barulah ditawarkan DGA32 Time based.
6. Guru Besar DGA 34 yang mencapai gaji P1T7 (dinding) selama tempoh 5 tahun lalu atau sejak beberapa tahun SSB dilaksanakan. GB ini berkhidmat di beberapa buah sekolah gred A yang muridnya sudah mencecah 300 - 3000 orang dan tidak layak menduduki PTK sebab masa itu tidak wujud gred jawatan DGA 38.
Huraian Isu
- Guru Besar ini telahpun menjalankan khidmat dengan penuh dedikasi walaupun tanggungjawab berat untuk mencemerlangkan sekolah dengan sumber manusia yang sangat kompleks.
- Telah lama berkhidmat dengan dedikasi walaupun tanpa kenaikan gaji tahunan untuk tempoh setengah dekad atau lebih.
- Sesetengah sekolah yang diurus tidak memenuhi kriteria sekolah lengkap, Guru Besar inilah yang mencukupkan dan melonjakkan nama baik sekolah.
- Dalam Majlis Guru Besar pula mereka berperanan membantu JPN untuk melaksanakan program-program JPN tanpa banyak persoalan. Contoh; menjadi tuan rumah aktiviti ko-kurikulum. Di MGB juga tidak ada peruntukan khas untuk menjalankan aktiviti seperti yang dilakukan oleh Pengetua kerana semua peruntukan dipegang oleh Daerah atau Gabungan.
Cadangan
- Lantik terus ke DGA 38 tanpa PTK kerana mereka telah begitu lama mengurus sekolah yang sama juga.
- PTK tidak relevan dengan kedudukan naik pangkat kerana gred gaji mereka DGA 34 sangat terbatas tidak seperti gred-gred gaji lain.
- Panjangkan tangga gaji hingga ke T20.