Create your own web pages in minutes...
Berilmu Berjasa
Create your own web pages in minutes...
CADANGAN UNTUK MENGEKALKAN PEGAWAI  DG DI SEMUA PERINGKAT DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN

Pendahuluan
  • Resolusi Kota Baharu yang dibuat pada 7 Ogos 2005, PTD hanya dibenarkan masuk pada Gred M41 dan M44 sahaja.
  • Perjumpaan susulan telah diadakan di Pearl International Hotel, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada 06 April 2007 (Jumaat) yang disertai oleh 26 buah Kesatuan/Persatuan dan Badan Pelajaran yang mewakili lebih 250,000 ahli telah membuat keputusan sebulat suara berhubung kemasukan PTD ke dalam Jabatan Pelajaran Negeri.
  • Malangnya, keputusan tersebut tidak dipatuhi dan menempatkan M48 dan M52.
  • Ekoran daripada itu, semua kesatuan dan persatuan guru telah mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Noh Omar pada 23 Jun 2007 di pejabat NUTP.
  • Satu resolusi telah diputuskan dalam pertemuan tersebut iaitu kemasukan PTD ditangguhkan dan penempatan yang sedia akan dinilai kesannya kepada organisasi pendidikan negara.
  • Setelah setahun pelaksanaannya, kesatuan dan persatuan guru-guru dapati bahawa PTD tidak relevan untuk membantu memperkasa pendidikan nasional dan memartabatkan profesion keguruan.

Tujuan
  • Rentetan daripada kenyataan mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’ Noh bin Omar itu,  maka kertas cadangan ini dikemukakan untuk memberi maklum balas kepada Kementerian Pelajaran Malaysia tentang kesan penempatan PTD dalam        jabatan pelajaran.
  • Mengekalkan pegawai DG (guru) bagi menggantikan PTD di semua peringkat kerana pegawai DG adalah terlibat secara langsung dalam poses pengajaran dan pembelajaran.  Bagi organisasi pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya berlaku di dalam bilik darjah malahan ia berlaku di semua peringkat di samping menekankan nilai psikologi.

Asas Pertimbangan
  • Pada dasarnya tujuan penempatan PTD adalah untuk membantu jabatan pelajaran dalam mengurus sistem penyampaian dengan berkesan.  Namun, apa yang berlaku ialah mereka tidak dapat membantu dalam sistem penyampaian seperti yang dihasratkan. Sekiranya situasi seumpama ini berterusan, ia boleh menjejaskan hasrat pembangunan kerajaan khususnya pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
  • Penempatan PTD dalam jabatan pelajaran adalah tidak “compatible” dalam sistem pengurusan pendidikan.
  • Tindakan mereka (PTD) ketara bercanggah dengan etika profesionalisme keguruan dimana tindakan mereka tidak mengambil kira faktor kemanusiaan.  Sedangkan jabatan pelajaran adalah sebuah organisasi yang mengurus manusia maka sewajarnya faktor kemanusiaan juga perlu diambilkira.
  • Perkhidmatan pelajaran merupakan perkhidmatan yang luas di setiap pelosok negeri. Justeru, untuk mewujudkan sistem penyampaian yang baik, sudah pasti memerlukan seseorang pegawai yang bukan hanya bekerja serta membuat sesuatu tindakan berdasarkan ‘face value’ semata-mata.  Mereka perlu memahami kehendak perkhidmatan pelajaran bagi menjayakan kelangsungkan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat dengan cekap, pantas dan berkesan.

Kesan Kemasukan PTD Dalam Organisasi Pendidikan

  • Kemasukan PTD di JPN sepatutnya dapat membantu melicinkan lagi kerja-kerja sedia ada tetapi nampaknya pegawai PTD yang dihantar ke Sektor K2P di JPN tidak boleh menjalankan kerja yang sepatutnya di bawah bidang tugasnya.

  • Pegawai PTD di JPN didapati semakin berani dan melangkaui kuasa Pengarah.  Ini terbukti di mana pegawai tersebut tidak membenarkan pegawai bawahan hadir mesyuarat yang dijalankan di peringkat KPM menyebabkan ada maklumat-maklumat yang perlu diperolehi tidak sampai ke peringkat KPM.
  • Isu kemasukan pegawai PTD atau M di JPN sepatutnya melicinkan pentadbiran tetapi apabila masuk ke JPN mereka keluar pula berkursus selama 6 bulan di INTAN.  Tugas yang ditinggalkan didapati sukar untuk diambilalih oleh pegawai lain.

  • Pegawai PTD semakin berani di JPN sebab mengeluarkan surat arahan tanpa pengetahuan Pengarah JPN sehingga menyebabkan kesatuan / perguruan guru menegur perkara ini.  Mereka juga tidak menghormati Pengarah dan tidak percaya dengan Pengarah atau Ketua Sektor yang lain yang terdiri dari kalangan DG.  Mereka hanya bergaul dengan rakan-rakan PTD atau M sahaja. Semangat permuafakatan dinafikan dalam perkhidmatan pendidikan.
  • Didapati jurang antara pegawai PTD / M dengan pegawai DG terlalu jauh.  Keadaan inilah antara punca mereka marah kepada kerajaan tanpa membuat perancangan dengan teliti.

  • Mewujudkan karenah birokrasi yang ketat sehingga menyebabkan proses penyampaian di jabatan menjadi lambat.

Syor
  • Berdasarkan elemen-elemen tersebut, semua kesatuan dan persatuan guru mengambil satu ketetapan dan  menegaskan agar  PTD dikeluarkan serta-merta dari organisasi pendidikan demi kelicinan serta kelancaran pentadbiran organisasi pendidikan di semua peringkat di samping memartabatkan lagi profesionalisme keguruan.

  • Semua kesatuan dan persatuan guru juga mencadangkan agar semua jawatan yang disandang oleh PTD di semua peringkat organisasi pendidikan mestilah diketuai oleh kalangan guru yang mempunyai latar belakang bidang pengurusan dalam gred DG. Bidang pengurusan am yang dimiliki oleh PTD adalah berbeza dengan bidang pengurusan pendidikan yang  dimiliki oleh kalangan pegawai DG (guru).

Implikasi Kewangan
  • Mengeluarkan PTD dari jabatan pelajaran dan melantik kalangan pegawai DG (guru) untuk memegang jawatan tersebut (jawatan yang disandang oleh PTD) tidak akan melibatkan kos kewangan. Ini adalah disebabkan jawatan tersebut sudah sedia ada dan hanya perlu menggantikan penyandang jawatan tersebut dengan pegawai DG (guru).

Penutup
Seluruh warga pendidik amat berharap saranan yang diberi dapat ditunaikan demi melahirkan modal insan yang berkualiti

PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK                PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK       PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK            PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK