Menjadi sebuah organisasi yang lengkap bagi semua guru bumiputera disamping memajukan kepentingan ahli-ahlinya dalam hal kemasyarakatan dan pengetahuan.
Memertabakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Pengantar di sekolah-sekolah kerajaan.
Memperoleh serta mempertingkatkan bagi ahli-ahlinya skim gaji yang adil dan saksama dan keselamatan bekerja.
Mengekalkan masa dan syarat-syarat bekerja yang berpatutan.
Mengadakan Kumpulan Wang Kebajikan.
Melaksanakan sebarang perjuangan yang munasabah dari segi akta Kesatuan Sekerja dan juga undang-undang.
Mewujudkan hubungan yang muhibbah sesama guru.
Mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Jabatan Pelajaran Negeri dalam usaha meningkatkan kualiti kerja.
Berusaha untuk menggalakkan peningkatan prestasi pencapaian akademik para ahli.
Menyelaraskan setiap aktiviti sama ada di peringkat pusat ataupun cawangan.