Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak lahir daripada penubuhan Persatuan Guru Melayu Limbang sekitar tahun 1950-an. Pada awalnya Persatuan Guru Melayu Limbang ini hanyalah berperanan untuk memperjuangkan kebajikan segelintir kelompok guru Melayu di kawasan Limbang sahaja. Melihat kepada kebajikan tujuannya, maka pada akhir tahun 1950-an, Persatuan Guru Melayu Limbang ini telah dipinda menjadi Kesatuan Guru Melayu Sarawak dengan hasrat dapat diperluaskan di kalangan guru-guru Melayu di seluruh Sarawak.
     Namun, menyedari hakikat bahawa masih banyak kebajikan guru-guru kaum bumiputera yang perlu diperjuangkan pada waktu itu, maka Kesatuan Guru Melayu Sarawak telah memperluaskan keahliannya kepada guru-guru bumiputera yang lain di Sarawak. Akhirnya, pada awal tahun 1960-an, Kesatuan Guru Melayu Sarawak dipinda lagi menjadi Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak pada masa ini.
     Sejarah perkhidmatan perguruan negeri Sarawak tidak akan bermakna tanpa menyebut perjuangan habis-habisan Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) sejak akhir tahun 1960-an ketika memansuhkan Skim Perkhidmatan Pendidikan yang dikenali sebagai 'The Sarawak Scheme'. Dengan termansuhnya skim yang merugikan guru-guru Sarawak itu, KGBS telah mendesak supaya skim perkhidmatan yang bercorak kebangsaan dilaksanakan di negeri ini. Hasilnya guru-guru di negeri ini telah menikmati skim perkhidmatan seperti yang sedia ada pada hari ini di samping meletakkan guru-guru Sarawak setaraf dengan guru-guru di negeri lain di tengah-tengah arus perdana perkhidmatan perguruan dan pendidikan.
     Hari ini, KGBS sentiasa meneruskan perjuangannya untuk memastikan guru-guru bumiputera diberi peluang perkhidmatan yang saksama, selain meningkatkan urusan kebajikan mereka. Penyatuan guru-guru bumiputera adalah perlu memandangkan dari aspek psikologi dan budaya guru-guru bumiputera yang memerlukan bantuan bimbingan dan nasihat.
     Kini, KGBS turut berbangga kerana telah berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para ahlinya dengan menyuarakan segala permasalahan yang dikemukakan sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat nasional.
Create your own web pages in minutes...
SEJARAH PENUBUHAN
PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK                PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK       PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK            PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK

SEJARAH     |      MISI & VISI       |        LOGO      |      MATLAMAT    l    MAKLUMAT AM        HALAMAN UTAMA