Sila Klik Butang Foward Untuk Maklumat Seterusnya.
Berikut adalah isu-isu yang dibawa oleh KGBS dalam pertemuan tersebut.
BIL
PERKARA
STATUS TERKINI

1

Cadangan untuk mewujudkan jawatan DG44 bagi guru-guru yang berkhidmat di Kementerian/Jabatan/PPD/PPG/PPDK (bagi guru-guru yang layak dari segi tempoh perkhidmatan)

Gred kenaikan pangkat DG44 banyak diwujudkan bagi guru yang berkhidmat di sekolah sedangkan PPP yang berkhidmat di Kementerian/Jabatan/Pejabat Pelajaran Daerah/PPG tidak berpeluang menikmati faedah ini sedangkan mereka adalah golongan yang cemerlang.
a. Mencadangkan diwujudkan jawatan DG44 di kementerian/jabatan/PPD/PPG/PPDK
b.  Mewujudkan kuota 10% kenaikan pangkat DG44 bagi PPP yang berkhidmat di kementerian/jabatan/PPD/PPG/PPDK





Cadangan pewujudan jawatan DG44 di peringkat kementerian telah dilaksanakan melalui penstrukturan semula bahagian dan jabatan di peringkat KPM. Contoh Bahagian yang telah diwujudkan gred DG44 sepenuhnya adalah seperti di Bahagian Pendidikan Teknikal dan juga EPRD bagi memantapkan jawatan guru dilaksanakan secara berperingkat. Disamping itu, pihak Agensi Pusat meluluskan pertambahan sebanyak 420 jawatan PPPS Gred DG44 bagi semua JPN di seluruh negara dalam penambahbaikan Penstrukturan JPN Frasa I yang berkuatkuasa mulai 1 Julai 2008 yang lalu. Bagi PPD pula, BPSM sedang menyediakan cadangan keperluan jawatan untuk diperakukan kepada JPA berikutan dengan kelulusan kenaikan gred jawatan PPD.

2

Faedah Skim Ex-gratis bagi Guru Sandaran Terlatih dan Guru Sandaran Tidak Terlatih

Cadangan untuk memasukkan jawatan GST/GSTT. Tujuannya adalah supaya GST/GSTT layak dipertimbangkan faedah skim Ex-Gratia sekiranya berlaku kemalangan semasa menjalankan tugas.





Tuntutan Skim Bayaran Pampasan (Ex-Gratia) mengikut Pekeliling Perbendaharaan 1994 dan 2001 menetapkan kelayakan bagi pegawai yang bertaraf tetap. Walau bagaimanapun perkara ini telah diambil perhatian oleh pihak Perbendaharaan Malaysia dan masih dalam tindakan pihak berkenaan.

3

Permohonan Memanjangkan kemudahan tambang percuma dan elaun balik kampung kepada semua pegawai perkhidmatan pendidikan.

Cadangan untuk memboleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan menikmati kemudahan tambang percuma sekali dalam perkhidmatan bagi mereka yang tidak menikmati kemudahan tambang percuma 3 tahun sekali. Juga tambang balik kampung sekali setahun bagi mereka yang berkhidmat di luar wilayah/kampung asal tanpa mengira di mana kawasan mereka berkhidmat.






Kemudahan ini tidak sesuai diberi kepada semua PPP kerana rasional pemberian elaun seperti tambang percuma dan Elaun Balik Kampung adalah untuk mendorong dan mengekalkan pegawai untuk berkhidmat di kawasan yang mencabar/pedalaman.

4

Mengambilkira tempoh perkhidmatan terdahulu untuk kenaikan pangkat DG44 - DG48

Cadangan untuk memberi kenaikan pangkat bagi guru-guru DG44 ke DG48 dengan mengambilkira tempoh perkhidmatan PPPLD terdahulu bagi mereka yang tidak menikmati faedah kenaikan pangkat DG41 ke DG44 dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan PPPLD.





NUTP telah diminta menyediakan kertas cadangan. Kertas cadangan berkenaan akan dikaji dan diteliti oleh JPA sebelum dibawa ke pertimbangan Mesyuarat JKKMPGSA pada tahun 2009.

5

Kumpulan Guru DGA29 ke DG41 yang berada di DG44

Kumpulan guru ini harus ditawarkan 3 tahun pengalaman mengajar untuk membolehkan mereka ke KUP DG48.





Usul yang diberi tidak jelas.


6

Cadangan untuk memboleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan menikmati kenaikan pangkat dengan lebih cepat tanpa menunggu tempoh yang terlalu panjang

Mencadangkan PPP diberi peluang untuk memohon kenaikan pangkat setelah disahkan dalam jawatan tanpa memalui tempoh yang panjang.

Mempercepatkan proses kenaikan pangkat seseorang PPPS atau PPPLD setelah mereka disahkan dalam jawatan.






Kenaikan pangkat secara haiki Lembaga Kenaikan Pangkat boleh mempertimbangkan PPPS Gred DG41 untuk kenaikan pangkat ke Gred DG44 selepas 5 tahun berkhidmat tertakluk kepada kekosongan jawatan dan perakuan oleh Ketua Perkhidmatan. PPPS telah dinaikkan pangkat ke Gred DG44 yang memenuhi syarat dan kateria kenaikan pangkat boleh seterusnya dipertimbangkan kenaikan pangkat ke Gred DG48 sekiranya terdapat kekosongan jawatan dan perakuan oleh Ketua Perkkhidmatan.

Kenaikan pangkat Guru Cemerlang secara KUP pula, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan tempoh layak dipertimbangkan kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang DG41 ke Gred DG44 daripada 7 tahun kepada 5 tahun pada 24 April 2008. PPPS telah dinaikkan pangkat ke sesuatu gred ke gred berikutnya sebagai Guru Cemerlang tanpa menunggu 3 tahun ke atas gred berkenaan bagi urusan akan datang.


PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK                PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK       PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK            PORTAL RASMI KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK